Thursday, 30 June 2011

Sindiket kutip derma palsu dan laman blog palsu

Pihak RAYS mendapat maklumat wujudnya satu sindiket mengutip derma dan mewujudkan 2 laman blog palsu. Laman blog tersebut ialah (http://www.anak-yatim-bachok.ewebsite.com/) dan (http://www.kotuis.blogspot.com/). Sindiket ini bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi dan menjadikan beberapa lokasi di Pantai Timur dan Lembah Klang sebagai modus operandi mereka. Anggota sindiket ini sudah dikenal pasti, pada asalnya mereka pernah memohon dengan pihak PERKATA untuk menjalankan aktiviti kutipan derma untuk rumah kebajikan ini, namun setelah setahun mereka menjalankan aktiviti tersebut, sesen duit pun tidak pernah disalurkan kepada rumah kebajikan ini. Susulan itu, pihak kami telah membatalkan surat akuan sukarelawan mereka, namun mereka masih lagi menjalankan aktiviti mereka, bahkan lebih berani lagi mereka telah mencetak resit-resit palsu dan mewujudkan 2 laman blog palsu yang mengandungi rayuan sumbangan derma kepada anak-anak yatim, menyertakan beberapa gambar yang bukan gambar anak-anak di sini, juga ada no akaun Cimb atas nama individu dipercayai ketua sindiket tersebut. Terdapat juga 2 no. telefon mereka untuk dihubungi yang bukan no. rasmi rumah kebajikan ini. Pihak kami pernah membuat laporan polis namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
Kepada muslimin dan muslimat yang pernah menyumbang melalui no. akaun tersebut, anda diingatkan berwaspada supaya tidak tertipu kali kedua. Ini kerana sumbangan ikhlas yang diberi rupanya dikaut kesemuanya oleh golongan tak bertanggungjawab sedangkan golongan sasaran iaitu anak-anak yatim yang sepatutnya menerima sumbangan tersebut terlopong tidak mendapat apa-apa.
No. akaun rasmi PERKATA hanyalah satu sahaja iaitu di Bank Islam 03090010025721 atas nama Pertubuhan Kebajikan Tunas Al-Qur'an dan bukannya atas nama individu.

1 comment: