Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS) adalah sebuah rumah perlindungan yang pertama di Daerah Bachok yang sedang dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan khusus untuk anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan miskin, muallaf dan OKU.
Ia berkonsepkan ‘family care’ (cakna keluarga) dan ‘welfare’ (kebajikan). Pihak Perkata memperuntukkan sebanyak RM200 sebulan kepada setiap penghuninya bagi menampung keperluan makan minum harian dan perbelanjaan persekolahan mereka.
Penghuni di sini diterapkan dengan nilai-nilai disiplin dan jati diri muslim. Seusai waktu persekolahan biasa, mereka mengikuti program-program dan aktiviti yang diatur dengan padat di sebelah petang dan malam seperti kelas tahfiz Al-Qur’an, tazkirah, solat berjemaah, wirid, zikir, adab-adab dan doa, khidmat diri dan lain-lain.
Harapan kami agar anak-anak penghuni di sini akan menjadi manusia yang berguna untuk diri mereka sendiri, keluarga mereka, masyarakat, agama dan negara.