Infrastruktur

       Kompleks Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS) ini dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 0.7 ekar iaitu Lot 102, Kg.  Aur, Mukim Telong, Bachok, Kelantan yang telah dibeli dan diwakafkan oleh Pn. Salimah Lyons Bt. Hussein. Pembinaannya dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:

Fasa 1 - Bangunan Asrama

       Bangunan 3 tingkat ini mengandungi pejabat pentadbiran, perpustakaan & bilik ICT, kelas pengajian Tahfiz Al-Qur’an, bilik warden asrama, bilik-bilik pelajar normal dan OKU, rumah guru, bilik tetamu, dapur dan dewan makan. Bangunan ini mampu menampung 80 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar.
Sehingga kini, pembinaan bangunan ini sudah hampir 70% siap. Dua tingkat sudah boleh digunakan sebagai ruang pejabat, perpustakaan, dapur, kelas pengajian dan bilik-bilik asrama. Tingkat 3 masih lagi dlm pembinaan. Buat masa sekarang, kerja-kerja pembinaan telah terbengkalai kerana kekurangan dana.

Fasa 2- Surau
      Surau dengan senibina masjid nusantara ini mampu menampung seramai 200 jemaah. Surau pelbagai fungsi ini mengandungi ruang solat utama untuk jemaah muslimin di tingkat bawah. Manakala di tingkat atasnya mengandungi ruang solat muslimat, 4 buah kelas tadika dan pengajian Iqra’.

Surau ini merupakan pusat pertemuan dan kegiatan masyarakat setempat seperti solat berjemaah, program-program kuliah, sambutan hari-hari kebesaran Islam, majlis khatan dan akikah beramai-ramai dan lain-lain.

Fasa 3 - Pondok Warga Emas