Aktiviti Ekonomi

Tanaman lada

       Projek ekonomi ini dirancang untuk menampung keperluan harian penghuni/pelajar rumah perlindungan ini. Projek ini akan diusahakan oleh penghuni dan para sukarelawan. 


       Projek ini juga dirancang supaya setiap penghuninya dapat menimba kemahiran hidup dan dapat hidup berdikari suatu masa nanti dan tidak bergantung kepada rumah perlindungan ini selama-lamanya. 
       
Tanaman tembikai
       Buat masa sekarang aktiviti pertanian seperti penanaman lada dan tembikai dijalankan mengikut musim. Penternakan ayam kampung dan itik juga sudah dijalankan secara kecil-kecilan. Insya Allah jika modal mencukupi, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti ini akan dijalankan pada skala lebih besar bagi menampung keperluan penghuni di sini di samping melatih mereka berdikari dan mengenal erti kehidupan.


Ternakan itik dan ayam kampung