Khidmat

Berikut adalah beberapa khidmat masyarakat yang ditawarkan oleh rumah kebajikan ini dengan penyertaan anak-anak penghuni di sini:

Solat Jenazah


Khidmat ini hanya dikhaskan untuk kawasan Daerah Bachok sahaja. Manakala untuk daerah berdekatan boleh diatur mengikut keadaan.

Tahlil Arwah/Bacaan Yasin/Khatam Al-Qur'an


Program ini hanya akan dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar di dalam surau di sini dan mereka tidak dibenarkan melakukannya di rumah yang terlibat. Jika ada sedikit jamuan/saguhati untuk anak-anak ini maka barang-barang tersebut hendaklah dibawa masuk ke rumah kebajikan ini dan diagihkan kepada semua pelajar yang ada

Rawatan Islam


Dengan menggunakan kaedah yang dipraktikkan oleh Darussyifa' pimpinan Dato' Harun Din dan Darussalam pimpinan Dato' Ust. Ismail Kamus, pihak kami  juga menawarkan rawatan penyakit rohani dan jasmani secara kaedah ruqyah syar'iyyah dan bacaan ayat-ayat suci al-qur'an secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Antara penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan izin Allah meliputi penyakit rohani seperti masalah gangguan makhluk halus, saka, histeria, santau, sihir, penyakit kejiwaan seperti anak-anak malas/tak mendengar kata dan penyakit jasmani seperti gatal, kayap, kenan, badi, ketumbuhan, bengkak dan lain-lain. Pihak kami juga melakukan khidmat pagar rumah, pejabat, kedai dan khidmat urut tradisional (sakit urat biasa atau urut tenaga batin). Mereka yang inginkan khidmat rawatan ini bolehlah menghubungi 012-9334449 untuk temujanji dan lain-lain. Kita hanya mampu berikhtiar, hanya Allah sahajalah yang menyembuhkannya. Ayat-ayat al-qur'an juga merupaka penawar bagi penyakit-penyakit rohani dan jasmani.