Pembinaan masjid

Pembinaan masjid ini sebenarnya sudah dirancang sejak beberapa tahun yang lalu, namun kerana kekurangan dana, sementelahan pula pada waktu itu keutamaan adalah untuk menyiapkan asrama pelajar dan infrastruktur yang lain menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dulu. Buat masa sekarang, pelajar dan penghuni di sini menggunakan bilik perpustakaan sebagai musolla sementara.
Alhamdulillah pada 19 Jan. 2012 yang lalu, hasrat tersebut terlaksana juga dengan kerja-kerja awal dimulakan dengan mengukur dan menetapkan arah kiblat oleh kakitangan dari Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan selepas itu bermulalah kerja-kerja pembinaan masjid tersebut sebagaimana dipaparkan dalam gambar-gambar di bawah.
Keluasan masjid ini ialah 46 kaki X 46 kaki dan ia mampu menampung seramai 200 orang jemaah pada satu-satu masa. Insya Allah apabila siap kelak, masjid ini akan menjadi pusat ibadat dan aktiviti kemasyarakatan untuk anak-anak penghuni di kompleks ini dan juga untuk warga kariah berdekatan.
Di kesempatan ini, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada makcik Salamah dan keluarga dari Keramat, KL yang telah menderma sebanyak RM 40 ribu dan ia digunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja tapak masjid ini. Moga sumbangan tersebut akan menjadi amal jariah yang berkekalan kepada beliau sekeluarga. Pihak kami juga merayu kepada muslimin dan muslimat yang perihatin agar menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menyiapkan masjid ini. Rebutlah saham akhirat ini. Hanya Allah sahajalah yang akan membalas amal jariah yang anda hulurkan itu.

Tapak masjid yang dirancang

Pelan masjid


Kerja-kerja mengukur arah kiblat





Kerja-kerja pembinaan tapak (beam)
Tambun tanah dalam tapak 'beam'









1 comment:

  1. salam. adakah masjid telah siap dibina? mcmn cara nak derma?

    ReplyDelete